Posted by: nautilusiv | November 22, 2007

Conceptual to Plan

Pelan rangka dasar telah pun di buat dan telah pun dibincangkan dalam mesyuarat dua hari yang lalu. Jadi masing masing telah bersepakat untuk memulakan projek ini dengan tanaman minima 3000 anak pokok dengan jangkaan awal kos sebanyak RM 40000 yang akan di tanggung liabilitinya oleh lima orang ahli.

Pengiraan efisiensi tanaman dari segi susunan sedang dilakukan begitu juga tinjauan harga pasaran produk, indeks harga dan kajian harga beberapa bulan, kajian harga kos sampingan, kajian kos barangan sokongan dan overhead. Dua lokasi utama sudah pun di kenal pasti iaitu di Sg Pusu, Gombak atau Sg Choh, Rawang. Masing masing mempunyai kelebihan tersendiri.  Lawatan ke tapak tanah akan di buat pada ahad ini jam 3.00 ptg.

Posted by: nautilusiv | November 20, 2007

Lagi Lawatan Tapak

we went to the chilly farm again on Saturday but this time with another partner. We would like him to eyewitness it himself.

There are few detailings I need to clarify before I can proceed with the business plan.

I will post the proposal here when it is done. And due to that we will have a kick  off meeting laer today regarding all these capital issues.

Posted by: nautilusiv | November 16, 2007

Jangan Bergantung Pada MARA

SUMBER : UTUSAN, 13 NOVEMBER 2006

KUALA KANGSAR 12 Nov. – Usahawan bumiputera yang ingin mengembangkan perniagaan dinasihatkan tidak bergantung kepada Majlis Amanah Rakyat (Mara) bagi mendapatkan bantuan pinjaman kerana ada banyak agensi lain boleh membiayai perniagaan mereka.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz berkata, Mara bukanlah satu-satunya agensi kerajaan yang boleh membantu usahawan bumiputera kerana terdapat beberapa agensi lain turut menawarkan peluang tersebut.

‘‘Kalau usahawan boleh pergi kepada agensi-agensi terbabit, tidak adalah beban ditanggung oleh Mara sahaja dan usahawan tidak berasa kecewa sekiranya Mara menolak permohonan mereka.

‘‘Tidak perlulah pergi kepada Mara sahaja kerana ada agensi lain berperanan seperti Mara boleh membantu usahawan bumiputera secara komprehensif,’’ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen dan Ekspo Usahawan Bumiputera Kuala Kangsar 2006, di sini hari ini.

Rafidah berkata, kadang-kadang ada yang datang berjumpa dengan beliau atau menulis surat, kebanyakannya meminta mereka dibantu oleh Mara.

Menurutnya, antara agensi yang bersedia membantu usahawan bumiputera dalam perniagaan ialah Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC), Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Pusat Produktiviti Negara (NPC), Malaysian Industrial Development Finance Bhd. (MIDF) dan Perbadanan Pembangunan Luar Malaysia (Matrade).

Katanya, Mara boleh memberi bantuan kewangan tetapi ia perlu dilengkapi dengan khidmat nasihat, sokongan dan bimbingan dari agensi seperti SMIDEC, MIDA, Matrade, NPC dan MIDF yang memberi pembiayaan.

Posted by: nautilusiv | November 16, 2007

Tinggal gaji RM 1500, siswazah kutip RM 40,000 tanam cili

Tinggal gaji RM1,500, siswazah kutip RM40,000 tanam cili
26-04-2007 06:20:08 PM

PASIR PUTEH: Pengorbanan seorang siswazah yang sanggup berhenti kerja dengan gaji RM1,500 sebulan semata-mata ingin menceburi sektor pertanian tidak sia-sia apabila tanaman yang diusahakannya mula mengeluarkan hasil yang dijangka mencecah RM40,000.

Alimin Muhamed, 24, lepasan Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur dan pernah bekerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat swasta, berkata tanaman cilinya sebanyak 3,000 pokok yang diusahakan secara projek perintis Fertigasi bermula 18 Januari lepas kini mula memperoleh hasil peringkat pertama sebanyak RM3,000.

“Tidak mustahil dalam tempoh tiga bulan lagi saya akan mendapat hasil sebanyak RM40,000 sebaik sehaja kesemua cili habis dipetik,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di ladangnya di Kampung Kuala Air Jernih, Bukit Awang di sini, hari ini.

Beliau berkata Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bukit Awang yang menaja tanaman itu telah membeli hasilnya dengan harga RM2.40 sen sekilogram bagi keperluan Syarikat Nestle Bhd untuk mengeluarkan sos cili dan tomato bagi memenuhi permintaan domestik dan luar negara.

Alimin berkata masalahnya sekarang beliau tidak mampu memungut tanaman berkenaan dua kali seminggu sebagai mana yang dikehendaki PPK secara bersendirian kerana pokoknya berbuah terlalu lebat dan di luar jangkaan.

Bagi mengatasi masalah itu, beliau terpaksa mengupah penduduk kampung memetiknya dengan kadar upah 30 sen sekilogram.

Alimin berkata beliau juga terpaksa mengikat kebanyakan pokok itu pada batang anak kayu bagi mengelakkan tanaman itu tumbang akibat ditiup angin.

Dengan kejayaan tanaman itu, beliau bercadang menambah tanaman itu sehingga mencapai 10,000 pokok pada musim akan datang.

“Saya mahu melipatgandakan pendapatan dalam usaha saya ini bagi memberi galakan kepada penduduk kampung mengenai potensi sektor pertanian sekiranya diusahakan mengunakan teknologi moden,” katanya.

Beliau berkata melalui sistem fertigasi, pokok cili yang ditanam dalam polibeg ternyata memberi hasil yang cukup lumayan berbanding tanaman mengikut kaedah biasa. BERNAMA

<!– –>

Projek diusahakan petani di Kampung Tok Dukang dapat bantuan Lembaga Pertubuhan Peladang Kelantan

KOTA BHARU: Tanaman cili secara fertigasi yang dilaksanakan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Kelantan kini mampu membantu pesertanya memperoleh pendapatan sehingga RM3,000 sebulan.

Kejayaan itu dibuktikan dua petani yang dipilih LPP menjayakan projek di Kampung Tok Dukang dekat Banggol di sini, sejak awal tahun ini, menerusi pembiayaan Program Pengeluaran Bahan Makanan.

Pengarah LPP Kelantan, Samsuddin Abd Rani, berkata tanaman cili fertigasi tidak memerlukan kawasan luas kerana membabitkan penyusunan polibeg pokok cili di bawah rumah lindungan.

Katanya, kawasan tanah seluas 0.4 hektar mampu menempatkan 3,000 pokok cili yang ditanam dalam polibeg berisi habuk sabut kelapa di samping pembajaan secara salur paip.

“Setiap pokok cili yang ditanam menerusi kaedah ini mampu mengeluarkan hasil sehingga tiga kilogram sepanjang tempoh hayatnya antara tujuh hingga lapan bulan.

“Setakat ini, tanaman cili fertigasi di Kampung Tok Dukang yang dijalan dua peserta dengan 6,000 pokok sejak awal tahun ini, mengeluarkan hasil 3.3 tan cili bernilai lebih RM12,000 ketika pertama kali dituai pada pertengahan Mac lalu,” katanya.

Samsuddin berkata, LPP menjangkakan kawasan cili terbabit mampu mengeluarkan kira-kira 18 tan cili bernilai lebih RM43,000 sepanjang musim tanaman tahun ini.

Katanya, tanaman cili fertigasi di Tok Dukang membabitkan pembinaan 21 rumah lindungan yang setiap satu berkeluasan 3,200 kaki persegi yang dibiayai LPP dengan peruntukan RM89,000.

“Kita sedang memperluaskan projek ini di Kampung Tanjong Dal dengan pembinaan dua rumah lindungan berkeluasan 4,000 kaki persegi setiap satu, atas tanah 0.2 hektar untuk seorang peserta dengan 1,000 pokok cili akan ditanam awal bulan depan.

“LPP mensasarkan pengwujudan 1,050 peladang dan usahawan industri kecil sederhana di bawah Program Pembangunan Usahawan Peladang sepanjang pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di Kelantan,” katanya.

Peserta, Mohd Ariffin Mohd Zain, 57, berkata berdasarkan hasil yang diperoleh setakat ini, beliau berpuas hati dengan hasil tanaman cili yang diusahakannya.

Beliau yang sebelum ini menternak ikan dalam kolam selama 10 tahun, berkata sistem tanaman yang diperkenalkan itu memudahkan pengawasan setiap hari di samping keadaan kawasan yang bersih dan kemas.

“Saya bernasib baik kerana memiliki sijil peladang jaya hasil pelbagai kursus yang disertai sebelum ini serta lulus temu duga memilih peserta yang dijalankan oleh LPP.

“Selain cili, saya juga menternak lembu dan kini sedang dalam usaha untuk menyertai usaha menternak lintah pula,” katanya yang dibantu isteri dan tiga anaknya mengendalikan tanaman itu setiap hari.

Rakannya, Salleh Daud, 62, yang juga bekas tentera, berkata setakat ini hasil cili mereka dipasarkan terus menerusi pemborong pada harga RM4 sekilogram.

Beliau yang sebelum ini pernah menyara hidup keluarga secara bekerja sebagai pengawal keselamatan, berkata tanaman cili itu memberi sinar baru dalam kehidupan keluarganya.

“Kini saya sentiasa dapat bersama isteri dan empat anak-anak yang membantu mengusahakan tanaman cili ini yang terbukti mampu memberi pulangan yang lumayan,” katanya.

FAKTA NOMBOR:
Projek Fertigasi Kampung Tok Dukang

  • 3,000 – Pokok cili dalam 0.4 hektar
  • 3 kilogram – Hasil setiap pokok cili
  • 2 bulan – Usia keluarkan hasil.
  • RM4 – Harga borong cili sekilogram
  • RM12,000 – Hasil tuaian pertama cili diusahakan dua petani di Kampung Tok dukang
    RM89,000 – Pembiayaan LPP bagi pembinaan 21 rumah perlindungan.
  • Posted by: nautilusiv | November 14, 2007

    PERANCANGAN AWAL

    Hari Ahad lalu, kami telah mengunjungi kebun cili fertigasi En Zulkifli di Puchong Selangor. Pokok cili beliau sudah mula berbuah dan sedang menunggu masa untuk berbuah.

    Hasil perbincangan kami semua, beliau ( En Zul ) bersetuju untuk membekalkan anak pokok cili tersebut pada harga RM 5 kepada kami dengan bantuan khidmat nasihat sekali.

    Setelah perbincangan malam tadi, rata rata lembaga pengarah Zactrade Technology bersetuju untuk menjadikan projek tanaman cili fertigasi ini sebagai projek untuk tahun 2008. Dalam peringkat kajian dan fisibiliti ini, perincian adalah sangat penting dan kritikal. Ini termasuklah harga paaran semasa cili, indeks turun naik harga cili, kajian pasaran ‘supply & demand’, turnover point, dan juga kaedah penanaman  serta guna tenaga yang optimal. Dan sebuah pelan yang baik seharusnya merangkumi pelan induk 5 tahun di sertakan pelan perkembangan teknologi dan bisnes supaya perusahaan lebih maju dan sentiasa berdaya saing.

    Usulan dari itu, En Hafizan akan menjalankan operasi identifikasi lokasi penanaman yang bersesuaian dengan aplikasi penanaman dan juga kos efektif. En. Zaki akan menentukira elemen kos yang terlibat dalam projek di samping menentukan titik pulang modal berdasarkan produktiviti pengeluaran berbanding kos unjuran. En Hazuandy, En Nasir dan saya akan mengunjurkan pelan pembangunan 5 tahun dari aspek pembangunan teknikal, kajian dan pembangunan, inovasi, kemungkinan pemprosesan dan produk akhir kepada pengguna.

    Dengan pelan yang mantap, di harap projek ini akan bergerak lancar dan mencapai sasaran yang diharapkan.

    Posted by: nautilusiv | November 14, 2007

    Hello world!

    Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

    Kategori

    Follow

    Get every new post delivered to your Inbox.